Wednesday, 30 April 2014

FASA KE 3:TANAH LOT BANGLO MAMPU MILIK DI KG.MUHIBBAH PESERAI BATU PAHAT


Asal usul Batu Pahat

Batu Pahat (باتو ڤاهت, juga dikenali sebagai Bandar Penggaram atau BP) merupakan bandar yang terdapat di dalam daerah dengan namanya yang sama. Bandar ini terletak di barat negeri Johor serta dikelilingi oleh daerah Muar, Segamat, Pontian dan Kluang.
Pada tahun 2012, Batu Pahat menjadi bandar ke-16 di seluruh Malaysia yang pesat membangun, akibat limpahan perkembangan perindustrian dan juga bidang pendidikan. Selain itu, Batu Pahat juga terkenal dari kalangan warga Singapura dan mereka menggelarnya sebagai 'Syurga Membeli-Belah di Johor Utara'.
Batu Pahat terletak pada koordinat 1°5′U 102°56′T. Ia adalah sejauh 239 kilometer dari Kuala Lumpur. Bandar terdekat dengan Batu Pahat ialah Muar yang terletak 50 kilometer ke utaranya. Bandar Kluang pula berada 52 kilometer di timur. Johor Bahru terletak lebih kurang 70 hingga 100 kilometer ke arah tenggara. Batu Pahat juga menghadap ke Selat Melaka.

Asal usul nama Batu Pahat disusur kembali melalui legenda abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang dipahat di kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka. Ketika itu, mereka sedang dikejar oleh tentera Melaka pimpinan Tun Perak, bendahara dari kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Pada tahun 1456, tentera Siam yang dipimpin oleh Laksamana Awi Di Chu telah menduduki Batu Pahat dahulu sebelum menyerang Melaka.[1] Menurut kisah lain, selepas Portugis menduduki Melaka, dipercayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa diperoleh daripada muara Sungai Batu Pahat. Maka bandar Batu Pahat mendapat namanya daripada "batu yang dipahat" di muara itu.[2]
Terkenal kerana ikan masin pada suatu ketika dahulu, Batu Pahat sebelum ini dikenali sebagai "Bandar Penggaram" yang bermaksud "bandar pembuat garam".[3] Bandar Penggaram dibuka pada 1 Januari 1894 oleh Dato' Muhamad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar Johor atas titah sultan Abu Bakar, sultan Johor ketika itu.
Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.

Tanah lot banglo di Kg Muhibbah Peserai Batu Pahat

Terdapat 13 tanah lot banglo di Kg Muhibbah Peserai Batu Pahat.Keluasan antara tanah lot adalah tidak sama.Keluasan adalah antara 4000kps hingga 5225kps.Harga bermula dari 
Rm 44,000 sehingga Rm 57,475.Harga tersebut adalah termasuk bayaran guaman dan pertukaran status tanah dari pertanian ke kediaman.Geran individu.Rezab melayu dan pegangan selamanya.Kedudukan tanah lot ini adalah kira-kira 3 km ke bandar Batu Pahat.Dikelilingi kawasan perumahan yang majoritinya terdiri dari  kakitangan kerajaan dan golongan profesional melayu.Kawasan yang tenang dan damai.sangat sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang.Terdapat segala kemudahan pasarana.











TAPAK TANAH LOT BANGLO DI KG MUHIBBAH PESERAI BATU PAHAT
 ZON PERUMAHAN
(Untuk besarkan gambar,klik kanan dan view image)






























No comments:

Post a Comment