Wednesday, 30 April 2014

FASA KE 3:TANAH LOT BANGLO MAMPU MILIK DI KG.MUHIBBAH PESERAI BATU PAHAT


Asal usul Batu Pahat

Batu Pahat (باتو ڤاهت, juga dikenali sebagai Bandar Penggaram atau BP) merupakan bandar yang terdapat di dalam daerah dengan namanya yang sama. Bandar ini terletak di barat negeri Johor serta dikelilingi oleh daerah Muar, Segamat, Pontian dan Kluang.
Pada tahun 2012, Batu Pahat menjadi bandar ke-16 di seluruh Malaysia yang pesat membangun, akibat limpahan perkembangan perindustrian dan juga bidang pendidikan. Selain itu, Batu Pahat juga terkenal dari kalangan warga Singapura dan mereka menggelarnya sebagai 'Syurga Membeli-Belah di Johor Utara'.
Batu Pahat terletak pada koordinat 1°5′U 102°56′T. Ia adalah sejauh 239 kilometer dari Kuala Lumpur. Bandar terdekat dengan Batu Pahat ialah Muar yang terletak 50 kilometer ke utaranya. Bandar Kluang pula berada 52 kilometer di timur. Johor Bahru terletak lebih kurang 70 hingga 100 kilometer ke arah tenggara. Batu Pahat juga menghadap ke Selat Melaka.

Asal usul nama Batu Pahat disusur kembali melalui legenda abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang dipahat di kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka. Ketika itu, mereka sedang dikejar oleh tentera Melaka pimpinan Tun Perak, bendahara dari kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Pada tahun 1456, tentera Siam yang dipimpin oleh Laksamana Awi Di Chu telah menduduki Batu Pahat dahulu sebelum menyerang Melaka.[1] Menurut kisah lain, selepas Portugis menduduki Melaka, dipercayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa diperoleh daripada muara Sungai Batu Pahat. Maka bandar Batu Pahat mendapat namanya daripada "batu yang dipahat" di muara itu.[2]
Terkenal kerana ikan masin pada suatu ketika dahulu, Batu Pahat sebelum ini dikenali sebagai "Bandar Penggaram" yang bermaksud "bandar pembuat garam".[3] Bandar Penggaram dibuka pada 1 Januari 1894 oleh Dato' Muhamad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar Johor atas titah sultan Abu Bakar, sultan Johor ketika itu.
Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.

Tanah lot banglo di Kg Muhibbah Peserai Batu Pahat

Terdapat 13 tanah lot banglo di Kg Muhibbah Peserai Batu Pahat.Keluasan antara tanah lot adalah tidak sama.Keluasan adalah antara 4000kps hingga 5225kps.Harga bermula dari 
Rm 44,000 sehingga Rm 57,475.Harga tersebut adalah termasuk bayaran guaman dan pertukaran status tanah dari pertanian ke kediaman.Geran individu.Rezab melayu dan pegangan selamanya.Kedudukan tanah lot ini adalah kira-kira 3 km ke bandar Batu Pahat.Dikelilingi kawasan perumahan yang majoritinya terdiri dari  kakitangan kerajaan dan golongan profesional melayu.Kawasan yang tenang dan damai.sangat sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang.Terdapat segala kemudahan pasarana.











TAPAK TANAH LOT BANGLO DI KG MUHIBBAH PESERAI BATU PAHAT
 ZON PERUMAHAN
(Untuk besarkan gambar,klik kanan dan view image)






























Monday, 28 April 2014

Rumah Mesra Rakyat ( RMR ) 1 Malaysia

RMR1M : Info, syarat dan cara memohon 

rmr1m-2-borang-daftar-model-ruma

Program  Rumah Mesra Rakyat ( RMR ) ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah  tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa. SelainRMR, SPNB juga mempunyai program Program Rumah Mampu Milik (RMM) iaitu rumah-rumah yang dibina adalah rumah kediaman 3 bilik tidur dan dilengkapi kemudahan 2 bilik air berkonsep mesra keluarga dan selesa sama ada jenis rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana serta merupakan Agen Perlaksana bagi Tabung Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai (TPPPT) bagi memulihkan projek perumahan terbengkalai di seluruh negara yang telah dikenalpasti oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan.

Berikut  disertakan cara untuk memohon Rumah Mesra Rakyat  ( RMR ) 1 Malaysia ini.
Syarat :
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
  • Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.



rmr1m
rmr1m-1
rmr1m-2

Wednesday, 23 April 2014

FASA KE 2:TANAH LOT BANGLO MAMPU MILIK DI KG CHOKRO SIMPANG RENGGAM

                                                Sedia untuk dijual!


Add caption

                          Plan utama tanah lot banglo Kg.Chokro


Projek tanah lot banglo fasa ke 2 adalah di Kg.Chokro Simpang Renggam
Tanah seluas 1 ekar suku ini telah dibahagikan kepada 6 lot.
4 LOT TELAH TERJUAL
Setiap keluasan adalah sama luas iaitu 5293kps.
Rezab melayu,geran selamanya
Tanah lot ini terletak kira-kira hanya 700m dari pekan Simpang Renggam.
Terdapat segala kemudahan seperti sekolah Agama,Sekolah Rendah.
 Kesemua sekolah ini hanya dalam lingkungan700m
Ke Sekolah Menengah SDARA 1.5km
Pejabat Pos dan Balai Polis sekitar 800m
Tanah lot ini juga berdekatan dengan surau dan Mesjid Jamek Simpang Renggam.
Kawasan penempatan melayu yang tenang dan damai di pinggir pekan.
Berada kira-kira 3km ke Plaza Tol Simpang Renggam, IKS  dan Kaw.Perindustrian
Dekat dengan Econsave.
Harga untuk tanah lot banglo ini adalah Rm60,000
Geran individu.Harga adalah termasuk kos guaman,bayaran premium
tanah dan kos pertukaran status tanah dari pertanian ke kediaman
Harga yang amat berpatutan dan mampu milik.Sesuai untuk pelaburan jangkamasa panjang.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki tanah lot ini.
Hubungi 019 7528496 untuk maklumat lanjut atau email ke tanahlotjohor@gmail.com



                                


                                            Masuk dari pintu gerbang hadapan Pasaraya Target

                                                   Melalui jembatan utama ke Kg.Chokro



                                                         Jembatan ke2 disebelah kiri


                                                Melalui jembatan ke2 ini untuk ke tanah lot

                                                       Jalan utama di hadapan tanah lot

                                                                Lokasi tanah lot



         


                                                  Tapak tanah lot sedang dibersihkan



















 

HABIS DI JUAL


Hari ini 23/4/2014 Tanah lot banglo Kg sahari telah habis dijual
Terima kasih kepada semua pembeli yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk menguruskan tanah lot ini sehingga mendapat geran individu.Pembeli tanah lot ini adalah terdiri dari 5 orang guru
seorang pegawai kesihatan dan pekerja swasta.
Fasa ke 2 tanah lot banglo adalah di Kg. Chokro Simpang Renggam